Wednesday, July 3, 2013

Video seks Miley Cyrus tersebar di laman blog Tumblr?

Ramai scammers menggunakan pita video seks selebriti sebagai umpan untuk mendapatkan hit dan klik pada blog mereka – dan ianya merupakan salah satu cara terbaik dan berkesan!
Sebagai contoh, jika anda sedang mencari pita seks Miley Cyrus, maka anda mungkin mungkin menjadi mangsa kepada penipuan terbaru yang merebak melalui posting blog di Tumblr. (Dan mengenai pita sebenar itu sendiri, ianya memang belum ada…setakat ini la..hehehe)
Penyelidik dari firma keselamatan GFI menjelaskan bahawa pautan dalam posting itu akan mengarahkan pengguna melalui dua URL ke laman web fesyen yang kononnya mengandungi rakaman video seks yang dikatakan itu.
Apabila pengguna cuba untuk memainkan video, satu mesej akan terpapar mengatakan tontonan anda telah mengalami overloaded. Ia kemudian akan memberi pilihan kepada anda untuk memuat-turun sebuah program dipanggil ‘UTPlayer’ supaya anda boleh menonton video di luar pelayar anda.
Ia tidak kira sama ada anda klik “Ok” atau “Batal”, fail tersebut akan memuat turun ke komputer peribadi walau apa cara sekalipun. Jika pengguna berjaya installkan program tersebut, mereka akan diberi satu arahan untuk memasang memasang toolbar Babilon (dan “2yourface” komponen “).
Walaupun pengguna boleh memilih untuk tidak memasang Babylon, mereka sebenarnya sedang dikunci ke dalam UTPlayer walau apa yang mereka lakukan – memilih decline, agree atau klik pada tanda X, UTPlayer tetap akan terpasang pada PC mereka.
- Chris Boyd, keselamatan penyelidik di Makmal GFI
Sebaik sahaja dimuat turun, UTPlayer tidak banyak fungsinya. Ia tidak boleh dimainkan untuk mana-mana format video, ia juga tidak mempunyai video seks Miley Cyrus seperti yang dijanjikan, dan anda baru sahajabazirkan sepuluh minit kehidupan anda berurusan dengan satu perisian spam. Dan kemudian, pc anda tidak akan henti-henti bertanyakan untuk memasang Adobe Flash pada sistem anda, walaupun anda sudah pun installkannya
Sepatah dua kata nasihat: Jangan klik pada URL menjanjikan pita seks, jangan cuba untuk memainkan video kabur, dan pastikan anda mempunya program anti-virus pada mesin anda untuk melindungi dari spammer ini!

1 comment:

  1. titanium scrap price - TITONIC RATES
    This is a microtouch titanium list of Triton casinos that are certified reputable and legal in titanium wedding bands the USA. All Triton casinos ford ecosport titanium and online revlon titanium max edition casino does titanium have nickel in it

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...